Nuffnang Ads

Friday, December 31, 2010

‎::Selamat tinggal ya 2010...Selamat berkenalan 2011::

Tinggal beberapa jam lagi angka tahun 2010 akan bertukar kepada 2011.....semua akan tanya pasal apa azam tahun inikan.?Aku punya azam adalah semoga jodoh dipertemukan dan juga mempertingkatkan amalan di dunia dan diakhirat...INSYALLAH..hanya ALLAH yang maha mengetahui...dikala ramai yang sedang berseronok menyambutnya..semakin bingung aku rasa kan..bingung apa yang aku fikirkan..adalah keselamatan seluruh dunia...dan negara...YA ALLAH selamatkan lah seluruh umat di dunia ini...

Thursday, December 30, 2010

Hot FM Video Hangat - Acara Hot FM - Kepulangan Juara

Hot FM Video Hangat - Acara Hot FM - Kepulangan Juara

TBS? ape itu TBS...


Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan beroperasi 2 Februari

2010/12/30

KUALA LUMPUR: Tarikh sebenar Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) beroperasi, masih menjadi tanda tanya berikutan wujud percanggahan antara Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dengan pihak pengurusan operasi terminal itu.

Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata kerajaan memutuskan supaya operasi terminal yang dijadualkan bermula pada Sabtu ini ditangguhkan dan akan dibuka serentak dengan operasi Hentian Puduraya pada 2 Februari ini.Bagaimanapun, pada sidang akhbar, pihak pengurusan terminal itu, Maju Terminal Management and Services (Maju TMAS), bertegas akan tetap memulakan operasi Sabtu ini seperti yang ia umumkan sebelum ini.
Ahmad Phesal berkata Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) dan Maju TMAS yang dilantik bagi operasi mengurus terminal itu perlu menyelesaikan perkara berbangkit sebelum operasi bermula.

Ukas dan syarikat itu telah diminta untuk mengkaji semula pengagihan ruang-ruang perniagaan dan kadar sewa tinggi yang difahamkan berjumlah RM20,000 sebulan, katanya pada sidang akhbar berasingan di sini hari ini.

"Kadar sewaan ruang perniagaan haruslah berpatutan supaya dapat memberi manfaat dan meningkatkan pendapatan masyarakat setempat, justeru keutamaan ini adalah wajar diberi perhatian oleh syarikat yang menguruskan terminal ini.

"UKAS dan syarikat itu perlu meneliti semula perkara berkaitan berdasarkan keputusan kerajaan untuk menangguhkan operasi terminal bagi memberi peluang kepada mereka menyelesaikan masalah itu," katanya.
Ahmad Phesal berkata pembukaan pada Sabtu ini disifatkan sebagai tidak rasmi sekiranya ia diteruskan seperti yang dijadualkan.

Pengarah Urusan TMAS, Roslan Mohd Shariff pula berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penangguhan itu.

"Kita tidak mendapat maklumat mengenai penangguhan itu, jadi kita akan teruskan operasi terminal seperti yang telah diarahkan oleh kerajaan iaitu 1 Januari ini," katanya selepas lawatan media ke terminal itu di sini, hari ini.

Roslan berkata terminal yang mula dibina pada 2008 dengan anggaran kos pembinaan berjumlah RM570 juta itu telah bersedia untuk menerima kunjungan orang ramai, yang boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.

"Terminal yang berkonsepkan ''pengalaman lapangan terbang'' bagi perjalanan bas ini menjanjikan kemudahan yang setaraf dengan piawaian antarabangsa bagi penumpang-penumpang bas dari Utara dan Selatan Semenanjung.

"Pihak kami juga mendapat sambutan amat baik daripada syarikat-syarikat bas dan penyewa untuk kegiatan komersial di terminal ini bagi menjayakan operasi sebaik mungkin," katanya.

Dibangunkan di atas tanah seluas 19.6 hektar, terminal itu mempunyai enam tingkat, 55 platform bas, 150 perhentian teksi, 1,000 parkir kereta dan 1,800 tempat duduk untuk pengguna dengan sistem hawa dingin di ruang menunggu dan sistem tempahan tiket secara interaktif mesra pengguna.

Terdapat juga 44 ruang perniagaan termasuk empat restoran dan ruang medan selera serta gerai, selain dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter, Express Rail Link (ERL) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Ketika dihubungi kemudian, Ahmad Phesal berkata operasi terminal itu tetap ditangguhkan pada 2 Februari. - BERNAMA

Wednesday, December 29, 2010

::SYABAS::TAHNIAH::TERIMA KASIH::

Alhamdulillah dan bersyukur...tahniah kepada kedua-dua pasukan iaitu INDONESIA dan MALAYSIA kerana mempunyai semangat sepasukan yang amat tinggi...walaupun ada sesekali ketidaksengajaan mengasari diantara satu sama lain...namun begitu.... pasukan MALAYSIA telah berjaya memenangi PIALA SUZUKI AFF 2010 buat kali pertama memang amat bersyukur dengan rezeki berpihak kepada mereka...tak terungkap dengan kata-kata kan...itu namanya rezeki di tangan TUHAN disamping usaha yang telah di jayakan dengan sebaik mungkin

TOP SCORE AWARDS telah dimiliki oleh MOHD SAFEE.
kredit pic : kosmo.com.my


Tuesday, December 28, 2010

Musim Piala Suzuki AFF 2010.

Subahan: Pemain tidak gentar



---------------------------------------------------------------------------------------------------

JAKARTA - Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal sudah mendapat hadiah hari jadi ke-45 yang cukup bermakna pada Ahad lalu apabila Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF 2010.

Namun, kejuaraan mutlak hanya akan diperoleh jika Malaysia berjaya mempertahankan kelebihan tersebut selepas tamat aksi final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam ini.

Menurut Subahan, beliau cukup yakin bahawa barisan pemain muda negara tidak akan menghadapi masalah untuk menangani tekanan yang bakal dihadirkan para penyokong fanatik Indonesia sepanjang baki 90 minit perlawanan.

"Saya rasa mental para pemain tiada masalah. Sebelum latihan semalam (kelmarin) saya sudah jumpa mereka dan meminta agar beri fokus sepenuhnya. Jangan fikir hal-hal lain.

"Saya yakin para pemain mampu menyerap tekanan walaupun penyokong Indonesia ini agak fanatik. Kami tak gentar dan yakin Piala Suzuki AFF akan dijulang Malaysia," katanya ketika ditemui di Hotel Sultan di sini semalam.

Subahan yang sudah setahun setengah menggalas tugas seba- gai pengurus skuad kebangsaan berkata, kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada 1 Disember lalu menjadi titik kebangkitan mereka pada kejohanan kali ini.

"Situasi kita ini sama seperti Sukan SEA 2009 apabila kita tewas kepada Vietnam pada aksi pertama tetapi akhirnya menewaskan lawan yang sama pada final.

"Pada Piala Suzuki AFF ini, selepas tewas 1-5 kepada Indone- sia, saya beritahu pemain bahawa kita mesti muncul juara dan berjumpa semula Indonesia di final. Misi ini hampir tercapai," jelasnya.

Subahan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut kesal dengan media Indone- sia yang gagal membantu menjernihkan ketegangan kedua-dua negara.

"Saya lihat media di sini langsung tidak membantu. Mereka lebih mengapi-apikan penyokong Indonesia dengan membangkitkan pelbagai isu remeh dan laporan berunsur provokasi.

"Apa yang saya nampak, mereka seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan yang pasukan mereka tewas 0-3 di tangan kita," ujarnya


kredit by:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm

myMetro | Fokus 90 minit

myMetro | Fokus 90 minit

lamenye tak berblog

Assalamualaikum semua..nampaknye da lame saya tak aktif berblog oleh kerana kesibukan kehidupan seharian...tetibe berblog ingin berkongsi hobi cerita dan informasi..heheeh